Аналитика Telegram-канала
Подписчики
6 374
Охват за 24 ч
390
ER за 24 ч
6,12%
Публикаций
9 287
Динамика подписчиков
7 дней
30 дней
6 месяцев
Больше
16 ноя19 ноя22 ноя
Показаны последние 7 дней
Больше истории →
Охваты публикаций
07:0107:0107:0107:0207:2207:22
143
Средний охват
288
Лучший результат
Показаны 6 публикаций за 22 ноября
Больше статистики →
Упоминания
179
Упоминаний
140
Из них репостов
7
Каналов
644
Упоминаний за 90 дней
440
Из них репостов
105
Каналов за 90 дней
Последние посты
3 из 9 287 2 из 9 287Oleh itu, pelbagai program yang berkesan hendaklah dilaksanakan secara konsisten agar permainan tradisional terus mendapat tempat dalam kehidupan masyarakat. Kita juga perlu memastikan warisan ini tak lapuk di hujan, tak lekang di panas. Sekiranya usaha ini dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, saya yakin permainan tradisional akan terus menjadi kebanggaan negara dan dikenali hingga ke persada antarabangsa.
ещё
1
0
22 ноя, 07:22
Usaha-usaha Memartabatkan Permainan Tradisional
Credit Karangan: @umbrellapurple
Dalam meniti arus globalisasi yang sarat dengan kemajuan teknologi dan ledakan digital ini, permainan tradisional semakin terpinggir daripada kehidupan masyarakat, khususnya golongan remaja. Permainan seperti congkak, batu seremban, gasing, wau dan sepak raga yang dahulunya menjadi hiburan utama masyarakat kini kian dilupakan dek perubahan zaman. Jika ditelusuri secara mendalam, permainan tradisional bukan sekadar wadah hiburan, malah merupakan khazanah warisan bangsa yang melambangkan identiti dan keunikan budaya masyarakat Melayu. Persoalannya, apakah usaha-usaha pragmatik yang perlu dilaksanakan untuk memartabatkan permainan tradisional agar terus subur dalam sanubari generasi muda?
Pada hemat saya, antara usaha perdana untuk memartabatkan permainan tradisional adalah melalui peranan ibu bapa dalam memperkenalkan permainan tersebut kepada anak-anak sejak kecil. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan insan terdekat yang berupaya membentuk minat dan kecenderungan anak-anak terhadap warisan budaya. Tambahan pula, ibu bapa boleh meluangkan masa bersama-sama anak dengan mengadakan aktiviti permainan tradisional pada waktu lapang. Impaknya, anak-anak bukan sahaja dapat mengenali permainan warisan nenek moyang, malah dapat mengisi masa senggang dengan aktiviti yang berfaedah. Misalnya, ibu bapa boleh mengajar anak-anak bermain congkak, batu seremban dan wau di halaman rumah. Bertepatan dengan peribahasa melentur biarlah waktu rebung, pendidikan tentang kepentingan warisan budaya harus diterapkan sejak usia muda. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan signifikan dalam menyemai kecintaan terhadap permainan tradisional dalam jiwa anak-anak.
Selain itu, pihak sekolah hendaklah mengambil inisiatif dengan menganjurkan pertandingan dan karnival permainan tradisional secara berkala. Hal ini bermaksud pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai salah satu aktiviti kokurikulum yang menarik dan berimpak tinggi. Bahkan, kerjasama antara guru, murid dan pihak luar dapat memastikan program tersebut berlangsung dengan lebih sistematik. Natijahnya, murid-murid berpeluang mempelajari peraturan permainan, mengasah kemahiran serta mengeratkan hubungan sesama rakan. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh menganjurkan pertandingan congkak, tarik upih dan galah panjang sempena sambutan Bulan Kebangsaan. Dalam hal ini, semangat kerjasama antara semua pihak amat diperlukan, persis peribahasa bagai aur bergantung ke tebing. Jelaslah bahawa institusi pendidikan merupakan platform terbaik untuk menyemarakkan kembali permainan tradisional dalam kalangan generasi muda.
Di samping itu, pihak kerajaan perlu mempergiat kempen kesedaran melalui media massa dan platform media sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana media sosial mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk persepsi serta minat masyarakat, khususnya golongan belia. Sehubungan dengan itu, kandungan kreatif seperti video demonstrasi, dokumentari ringkas dan cabaran permainan tradisional boleh disebarluaskan secara meluas. Kesannya, permainan tradisional akan lebih dikenali dan mampu menarik perhatian masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Contohnya, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya boleh bekerjasama dengan pempengaruh digital untuk menghasilkan kandungan berkaitan keunikan permainan warisan negara. Usaha ini bertepatan dengan peribahasa usang dibarui, lapuk dikajangi, iaitu amalan lama yang baik dihidupkan semula serta ditambah baik mengikut peredaran zaman. Sesungguhnya, alah bisa, oleh biasa, kerana pendedahan yang berterusan mampu membina minat masyarakat terhadap permainan tradisional.
Kesimpulannya, usaha memartabatkan permainan tradisional memerlukan iltizam dan sinergi daripada ibu bapa, pihak sekolah serta pihak kerajaan. Semua pihak tidak seharusnya bersikap lepas tangan kerana warisan budaya merupakan amanah yang perlu dipelihara sepanjang zaman.
ещё
1
0
22 ноя, 07:22
All ramaln yg ada ni i send tapi bentuk karangan Tak formal
karangan bahagian A and B.
Later i send
ещё
271
0
22 ноя, 07:02
Продолжить анализ этого канала
- История роста подписчиков
- Просмотры и охваты публикаций
- Кто упоминает канал и кого упоминает он
- Похожие каналы и подбор для рекламы
Открыть аналитику
Демо до 14 дней