Kadang orang nampak kita kejar dunia, tapi mereka tak nampak niat di hati. Kita kerja, kita berniaga, kita usaha bukan kerana cinta dunia, tapi kerana nak cukup untuk memberi, untuk bantu, untuk hidup dengan reda Allah.
Biar dunia di genggaman, jangan di hati. Nampak sibuk mengejar dunia… tapi hakikatnya, hati tetap untuk Allah.
Dunia bukan matlamat. Ia cuma jalan. Dan setiap langkah di jalan itu… masih boleh jadi ibadah, kalau niat kita betul.
End of the day kena ingat yang Kau lahir tanpa apa-apa, hidup mengejar dunia seolah segalanya milikmu, lalu pergi meninggalkan semuanya.
Pastikan rohmu kembali kepada Allah dengan lebih banyak daripada sekadar apa yang pernah kau genggam.