Телеграм канал 'MEKANIK IMAN.'

MEKANIK IMAN.


330 подписчиков
9 просмотров на пост

Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin

Детальная рекламная статистика будет доступна после прохождения простой процедуры регистрации


Что это дает?
  • Детальная аналитика 5'856'092 каналов
  • Доступ к 1'533'798'153 рекламных постов
  • Поиск по 5'733'486'419 постам
  • Отдача с каждой купленной рекламы
  • Графики динамики изменения показателей канала
  • Где и как размещался канал
  • Детальная статистика по подпискам и отпискам
Telemetr.me

Telemetr.me Подписаться

Аналитика телеграм-каналов - обновления инструмента, новости рынка.

Найдено 4301 пост

1 Hari 1 Hadis
: 113'681 | на пост: 12'126 | ER: 12.1%
Публикации Упоминания Аналитика

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kemanisan Iman

عن أنسٍ رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Daripada Anas RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Ada tiga perkara, barangsiapa ada pada dirinya tiga perkara ini, maka dia akan merasakan manisnya iman (yaitu, yang pertama): Allâh Azza wa Jalla dan Rasul-Nya lebih dia cintai berbanding dengan yang lain, (kedua) dia mencintai seseorang dan dia tidak mencintai kecuali kerana Allâh dan (ketiga) dia benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan kedalam api neraka (Sahih Muslim No: 43) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Tiga perkara jika dimiliki oleh seorang Muslim akan menjadikannya memperoleh kemanisan iman:

a.  Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selain keduanya.

b.  Apabila ia mencintai seseorang, ia hanya mencintainya kerana Allah.

c.  Ia tidak suka untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

2.  Mencintai Rasulullah SAW mewajibkan adanya penghormatan, ketundukan dan mengikuti serta mencontohi apa yang dilakukan oleh baginda (mengagungkan sunnahnya).

3.  Di antara tanda cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan mengamalkan Sunnahnya, menghidupkan, dan mengajak kaum Muslimin untuk mengamalkannya, serta berjuang membela As-Sunnah dari orang-orang yang mengingkari As-Sunnah dan melecehkannya. Termasuk cinta kepada Nabi SAW adalah menolak dan mengingkari semua bentuk bidah dan kesesatan.

4.  Mencintai seseorang adalah semata-mata kerana Allah sebagai tanda mencapai kemanisan iman. Mengikut ulama: “Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan dalam rangka mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah. Mencintai dan mengagungkan Rasulullah SAW  adalah penyempurnaan kecintaan dan pengagungan kepada Allah”.

5.  Kemanisan iman juga tercapai apabila ia tidak suka untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

24hb April 2024
15hb Syawal 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Muhasabah malam ini

Membuang masa lebih dahsyat daripada kematian kerana kematian menjauhkan manusia dari dunia.

Tetapi membuang masa menjauhkan manusia dari Allah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN

Kematian

وَجَاۤءَتۡ سَكۡرَةُ ٱلۡمَوۡتِ بِٱلۡحَقِّۖ ذَ ٰ⁠لِكَ مَا كُنتَ مِنۡهُ تَحِیدُ

"Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"
(Qāf: 19)

Hidup ini merupakan sebuah perjalanan menuju satu destinasi iaitu kematian!.

Setiap perjalanan, jauh atau dekat memerlukan bekalan. Bekalan itu tidak boleh putus. Jika terputus bekalan, kita mesti berhenti untuk mengambilnya kerana ia sesuatu yang sangat penting.

Bekalan yang dibawa mesti bersesuaian dengan destinasi yang hendak dituju. Jika bekalan itu berupa matawang, kita mestilah membawa matawang yang diguna pakai di negeri atau negara yang hendak kita lawati.

Jika kita tidak memiliki matawang tersebut, kita perlu mencari pusat-pusat penukaran matawang untuk menukarkan matawang kita mengikut matawang tempat tersebut. Jika kita membawa matawang negara kita nescaya tak laku dan tidak boleh digunakan di negara tersebut.

Namun, jika destinasi kita adalah kematian iaitu pulang ke negeri akhirat, negeri yang sangat berbeza dengan negeri dunia, maka sebarang apapun matawang memang tidak laku. Maka kita perlu tukarkan matawang kita yang banyak itu kepada amal soleh yang akan bertukar kepada matawang pahala.

Hal ini kerana di negeri akhirat menggunakan pahala sebagai matawang. Maka kita kena tukar matawang kita yang ada kepada bentuk zakat, sedeqah, infaq fi sabillah, wakaf, pembinaan rumah anak yatim, membantu orang yang memerlukan disamping memperbanyakkan amal soleh seperti solat sunat, solat malam, bacaan Al-Quran, zikir, dakwah, perjuangan menyebarkan kebaikan, jihad menegakkan Islam dan seumpamanya. Semua ini akan menjadi bekal terbaik untuk kita.

وَتَزَوَّدُوا۟ فَإِنَّ خَیۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُونِ یَـٰۤأُو۟لِی ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

"Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)".
(al-Baqarah: 197)

Kita juga perlu menambah bekalan pada setiap hari dengan bekal yang terbaik.

Berkata al-Imam Sahl al-Tustari rahimahullah:

من علامات حب الله: حب القرآن وعلامة حب الله وحب القرآن وحب النبي صلّى الله عليه وسلم وعلامة حب النبي صلّى الله عليه وسلم: حب السنة، وعلامة حب السنة: حب الآخرة، ومن علامة حب الآخرة: بغض الدُّنْيَا، وعلامة بغض الدُّنْيَا أن لا يأخذ منها إلا زادًا يبلغه إِلَى الآخرة.

"Bukti cinta seseorang itu pada Allah adalah dengan dia mencintai Al-Quran. Bukti cintanya seseorang pada Allah, Al-Quran dan Nabi SAW adalah dengan mencintai Sunnah. Bukti mencintai Sunnah adalah dengan mencintai akhirat. Bukti mencintai akhirat adalah dengan menolak dunia. Bukti menolak dunia ialah dengan tidak mengambil sebarang perkara di dunia melainkan ianya bekalan untuk akhirat".
(Majmu' Rasail, Ibnu Rejab)

Sediakanlah amal terbaik untuk kematian, moga ianya menjadi pahala terbesar untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak, aamiiin...

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.
(Al-Qasas: 77)

Justeru, capailah ketaatan dan ketakwaan kepada Allah kerana keindahan, kenikmatan, ketenangan dan kebahagiaan tidak dapat diperoleh dengan jasmani semata tetapi diraih dengan pencapaian rohani...

~ Abu Imtiyaz ~

14 Syawal 1445H
23 April 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Membuka pintu-pintu kesolehan...

Darjat seorang hamba di sisi Allah sangat ditentukan oleh usaha yang sungguh-sungguh dari sang hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Dalam tasawuf, usaha ini disebut sebagai mujahadah.

Kesungguhan seorang hamba menguasai dan mengendalikan hawa nafsunya. Mujahadah seolah pintu-pintu menuju kesolehan seorang hamba. Tanpa memasuki pinyu-pintu itu, mustahil seseorang dapat meraih darjat yang tinggi di sisi Allah SWT.

Mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah SWT adalah satu kurniaan yang luar biasa. Inilah sumber kebahagiaan yang sejati. Apalah ertinya harta dan kedudukan bila kita tidak berada dalam redha Allah. Harta dan kedudukan yang kita miliki akan menjadi seperti senjata memakan tuannya. Ini tidak bermakna kita tidak boleh mencari harta dan kedudukan. Kita hanya menjadikan keduanya sebagai perantara dan bukan tujuan. Tujuan kita adalah mendapatkan tempat yang terhormat di sisi-Nya. Dan, ini akan kita raih bila kita mampu melepasi pintu-pintu yang akan menghantar kita pada kesolehan.

Rasulullah SAW mengisahkan bahawa kelak di hari kiamat terdapat 4 golongan yang dihantar terus ke depan pintu syurga. Mereka diiring masuk ke syurga tanpa melintasi hisab dan seksa. Empat golongan tersebut adalah manusia-manusia pilihan yang berbeza dari orang kebanyakan.

Mereka itu adalah orang-orang alim yang mengamalkan ilmunya; haji mabrur yang tidak berbuat kerosakan atas ibadah hajinya; pejuang syahid yang tewas di medan perang; dermawan yang memperoleh hartanya dengan usaha yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah, tanpa riya.

Sebahagian dari mereka dan sebahagian lainnya saling berlumba mendahului nak masuk syurga. Melihat hal tersebut maka Allah SWT memerintahkan kepada Malaikat Jibril untuk menguji dengan mengajukan pertanyaan. Pertama kali Jibril bertanya kepada pejuang yang mati syahid, “Apa amalmu di dunia hingga kamu mahu masuk syurga di tempat pertama?” Mereka menjawab, “Kami tewas di medan pertempuran semata-mata mencari redha Allah.” Lalu Jibril kembali bertanya, “Dari mana kamu peroleh penjelasan tentang pahala bagi pejuang yang mati syahid?” Mereka menjawab, “Dari para ulama”.

Dari jawaban tersebut Jibril langsung menyahut, “Peliharalah baik-baik adab kesopananmu terhadap para pendidik yang mengajarkan dan membimbingmu itu!” Kemudian Jibril mengarahkan pandangan kepada jamaah haji mabrur dan bertanya hal serupa kepada orang yang pertama, ketiga dan keempat.

Akhirnya berkatalah orang alim itu, “Ya Tuhanku, keberhasilanku dalam bidang ilmu adalah atas bantuan dan kebaikan para dermawan yang berhati mulia.” Maka Allah berfirman, “Benarlah pernyataan orang alim itu wahai Malaikat Ridwan, bukakanlah semua pintu syurga hingga para dermawan memasukinya, lalu mereka-mereka itu menyusul”.

Orang yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah kesolehannya, dia tidak akan mendapat apa-apa di sisi Allah SWT.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَإِنَّهُ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ

Dari Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Lihatlah orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu, itulah yang lebih baik supaya kamu tidak merendah-rendahkan nikmat Allah yang dikurniakan kepada kamu".
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Kita perlu merasa cemburu melihat kealiman dan kesolehan orang lain untuk diikuti dan dicontohi.

وَٱبۡتَغِ فِيمَآ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡأٓخِرَةَۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡيَاۖ وَأَحۡسِن كَمَآ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِي ٱلۡأَرۡضِۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ٧٧

1 Hari 1 Hadis
: 113'681 | на пост: 12'126 | ER: 12.1%
Публикации Упоминания Аналитика

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa  

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (Sahih Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita.

2.  Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan (tanpa pengetahuannya), malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.

3.  Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan tertolak. Sepertimana hadis Rasulullah SAW:

دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ
"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500)

Marilah kita mendoakan sahabat kita dengan kebaikan. Moga malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita. Bangunkan Jiwa Taqwa.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

23hb April 2024
14hb Syawal 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Assalamualaikum semua.. Selamat hari raya maaf zahir batin.. Moga semua ceria2 selalu

InsyaAllah malam ni jam 9.30 malam akan on klas pengenalan tadabbur..
Bersama ustaz Bilal

Surah pilihan Al munafiqun
Ayat pilihan ayat 9-11

Jom azam utk hadir..
Komen "saya hadir" bg yg nk join malam ni.

https://t.me/+XkHV7AXOMWZmMWQ9

"Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan."
(At-Taubah: 82)

Oleh kerana itu menangislah sebanyak-banyaknya kerana takut kepada Allah SWT, hal itu menunjukkan jiwa kita masih lembut. Jiwa yang lembut dan sensitif akan dapat menyelamatkan kita. Kerana itu, berusahalah selalu menangis kerana Allah SWT, sehingga Allah SWT redha dan mencintai diri kita di dunia dan akhirat kelak.

Malam-malam daripada Ramadan ialah malam tangisan kita kepada Allah SWT.

Baginda Rasulullah SAW sendiri menangis.

Para Sahabat juga menangis.

Orang-orang Soleh juga menangis.

Maka mengapa kamu tidak menangis Wahai Pemilik Hati Yang Keras!

Justeru, lihatlah kepada diri sendiri dan muhasabahlah dirimu...

~ Abu Imtiyaz ~

05 Syawal 1445H
14 April 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Bila mata dan hati berhubung...

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهَمَا النَّارُ أَبَداً : عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ، وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ”.

“Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya; mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam di jalan Allah”. (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Al-Quran pada banyak tempat memuji tangisan ini. Firman Allah memuji para rasulNYA...

اِذَا تُتْلٰى عَلَيْهِمْ اٰيٰتُ الرَّحْمٰنِ خَرُّوْا سُجَّدًا وَّبُكِيًّا

Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.
(Maryam: 58)

Allah ta'ala memuji orang-orang soleh pula...

قُلْ اٰمِنُوْا بِهٖۤ اَوْ لَا تُؤْمِنُوْٓا ؕ اِنَّ الَّذِيْنَ اُوْتُوا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهٖۤ اِذَا يُتْلٰى عَلَيْهِمْ يَخِرُّوْنَ لِلْاَذْقَانِ سُجَّدًا (١٠٧)
وَّيَقُوْلُوْنَ سُبْحٰنَ رَبِّنَاۤ اِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُوْلًا (١٠٨)
وَيَخِرُّوْنَ لِلْاَذْقَانِ يَبْكُوْنَ وَيَزِيْدُهُمْ خُشُوْعًا (١٠٩)

"Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk);"(107)
"Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana."(108)
"Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk."(109)
(Al-Isra': 107-109)

بْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ (٢٦)فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ (٢٧)إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلُ نَدْعُوهُ إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ (٢٨

“Dan sebagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain saling bertanya. Mereka berkata: ‘sesungguhnya kami dahulu ketika berada di tengah keluarga kami merasa takut (akan diazab).’ Maka Allah memberikan karunia kami dan memelihara kami dari azab Neraka. Sesungguhnya kami dahulu menyembah-Nya. Sesungguhnya Dia-lah yang melimpahkan kebaikan lagi Maha Penyayang.”
(Ath-Thuur: 25-28)

Kita sepatutnya merenung kalau kita tidak pernah menangis kerana Allah SWT. Pasti ada yang tak kena pada diri kita. Mungkin hati kita sudah mengeras, mungkin jiwa kita sudah kering, mungkin dosa yang sudah meliputi hati dan fikiran kita.

Al-Quran juga mengutuk mereka yang keras jiwa mempersenda dan tidak menangis terhadap ayat-ayat Allah.

اَفَمِنْ هٰذَا الْحَدِيْثِ تَعْجَبُوْنَ (٥٩)
وَتَضْحَكُوْنَ وَلَا تَبْكُوْنَ (٦٠)

"Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?"(59)
"Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?"(60)
(An-Najm: 59-60)

ذكر الإمام ابن القيم رحمه الله في كتابه زاد المعاد عشرة أنواع للبكاء نوردها كما ذكرها :

1- بكاء الخوف والخشية .
2- بكاء الرحمة والرقة .
3- بكاء المحبة والشوق .
4- بكاء الفرح والسرور .
5- بكاء الجزع من ورود الألم وعدم احتماله .
6- بكاء الحزن .
7- بكاء الخور والضعف .
8- بكاء النفاق
9- البكاء المستعار والمستأجر عليه .
10 - بكاء الموافقة

10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim Al Jawziy:

1. Menangis kerana rasa takutkan Allah.
2. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
3. Menangis kerana cinta
4. Menangis kerana gembira
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan
6. Menangis kerana terlalu sedih
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah
8. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis
9. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
10. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

فَلْيَـضْحَكُوْا قَلِيْلاً وَّلْيَبْكُوْا كَثِيْرًا ۚ جَزَآءًۢ بِمَا كَانُوْا يَكْسِبُوْنَ

Puasa dan raya

وَلِتُكۡمِلُوا۟ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ

"Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur".
(al-Baqarah: 185)

Allah SWT perintahkan kita puasa sebulan di bulan Ramadhan, membesarkanNya dan mensyukuri hidayah yang dikurniakan kepada kita. Alhamdulillah, selesai dan sempurna sudah puasa sebulan yang diperintahkanNya. Saat ini umat Islam sedang meraikan hari raya Aidilfitri. Hari kemenangan setelah sebulan berjuang melawan kehendak nafsu dan menundukkannya agar taat patuh pada perintahNya serta hari membesarkan Allah dengan gema laungan takbir.

Di hari raya ini sewajarnya dijadikan masa untuk kita terus bersyukur dan beristiqamah menjadi hamba Allah yang soleh setelah sebulan kita bertungkus lumus berjuang melawan godaan hawa nafsu. Ingatlah bahawa hari raya bukannya waktu untuk kita kembali kepada sikap dan perangai lama yang kurang baik serta memenuhi segala kehendak nafsu samada nafsu makan atau nafsu berhibur.

Sewajarnya kita jadikan bulan Ramadhan yang dilalui sebulan sebagai pendidik untuk kita 
terus menjadi hamba Allah yang Rabbani dan bukan semata-mata hamba Ramadhani yakni kenal Allah hanya di bulan Ramadhan sahaja.

كُنْ رَبَّانِيًا وَلَا تَكُنْ رَمَضَانِيًا

"Jadilah hamba Allah, bukan hamba Ramadhan".

Firman Allah SWT:

وَلَـٰكِن كُونُوا۟ رَبَّـٰنِیِّـۧنَ

"Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna)".
(Ali-ʿImran: 79)

Ini sesuai dengan matlamat berpuasa itu sendiri agar kita menjadi hamba Allah SWT yang beriman dan bertakwa dengan sebenar-benarnya.

Berkata Imam Ibnu Rajab rahimahullah dalam kitabnya Lata’if al-Ma‘arif: 

"Hari Raya adalah musim kegembiraan dan keceriaan, namun kegembiraan dan keceriaan orang mukmin di dunia ini hanyalah semata-mata demi Tuhan mereka, iaitu hanya apabila mereka berjaya 
menyempurnakan ketaatan terhadapNya dan memperolehi ganjaran amalan mereka, melalui kepercayaan penuh mereka terhadap janjiNya ke atas amalan tersebut, yang semata-mata dengan limpahan kurnia dan keampunanNya jua".

Jadilah hamba Allah yang sentiasa mengingati dan membesarkanNya bukan semata-mata hanya pada bulan Ramadhan atau di Hari Raya sahaja, tetapi ianya perlulah dilakukan secara berterusan pada setiap masa dan ketika.

Marilah sama-sama kita mengambil semangat Ramadhan yang telah kita lalui sebagai tarbiyah untuk menambahkan lagi semangat kita sebagai hamba Allah SWT yang sejati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.

Al-Quran

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰتࣲ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah".
(Al-Baqarah: 185)

Allah SWT menjelaskan bahawa bulan Ramadhan bulan turunnya al-Quran untuk menjadi petunjuk kepada semua manusia dengan memaparkan dalil-dalil yang nyata dan menerangkan mana yang hak dan mana yang batil.

Kedatangan Ramadhan sepatutnya bukan sahaja mengingatkan kita tentang kewajipan berpuasa sahaja, tetapi sewajarnya kita menyedari bahawa ia adalah bulan al-Quran untuk kita meraikan kemuliaannya dan keagungannya.

Maka sepatutnya kita melipatgandakan usaha untuk membaca, mempelajari dan menekuni al-Quran. Perbanyakkan membaca al-Quran dan mempelajari ilmu tafsir sebagai salah satu cara kita mentadabbur ayat-ayatnya. Gunakan juga peluang ini untuk kita mengkhatam satu al-Quran.

Al-Quran adalah petunjuk untuk ‘semua manusia’ (هُدًى لِلنَّاس) maka ianya menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan isi kandungan dan pengajaran al-Quran kepada semua manusia, samada Muslim atau kafir. Hendaklah kita berdakwah kepada semua manusia dan menyampaikan ayat-ayat Allah ini kepada mereka. Inilah medan atau saluran dakwah yang patut digunakan.

Gunakan formula atau method yang ada dalam al-Quran iaitu al-Furqan yang bermaksud membezakan mana yang haq dan mana yang batil. Justeru, umat Islam wajib mendalami selok belok ilmu dan hukum hakam al-Quran agar mengetahui mana yang salah dan mana yang benar. Dengan kefahaman yang penuh penghayatan, diharapkan kita dapat menggunakan formula itu untuk menilai samada amalan kita, keluarga kita dan masyarakat sekitar kita itu betul atau salah.

Hayati firman Allah SWT ini:

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِیۤ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَـٰبَ وَلَمۡ یَجۡعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ

"Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)".

قَیِّمࣰا لِّیُنذِرَ بَأۡسࣰا شَدِیدࣰا مِّن لَّدُنۡهُ وَیُبَشِّرَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ ٱلَّذِینَ یَعۡمَلُونَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرًا حَسَنࣰا

"(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik".

مَّـٰكِثِینَ فِیهِ أَبَدࣰا

"Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya".
(al-Kahfi: 1-3)

Al-Quran merupakan kalamullah yang mulia, menjadi cahaya petunjuk kepada seluruh umat manusia. Sesiapa yang berpegang dan mengamalkan isi kandungannya, ia akan berada di atas jalan kebenaran dan dalam naungan rahmat Allah SWT selamanya.

❤ 1
1 Hari 1 Hadis
: 113'681 | на пост: 12'126 | ER: 12.1%
Публикации Упоминания Аналитика

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Taqwa dan Al-Quran

عَن أبِى ذَرٍّ قَالَ قُلْتُ يَارَسُولَ اللهِ أَوصِنِى قَالَ عَلَيْكَ بِتَقْوَى اللهِ فَإِنَّهُ رَأْسُ الأَمْرِ كُلِّهِ قُلْتُ يَارَسُولَ اللهِ زِدْنِي قَالَ عَلَيْكَ بِتِلاَوَةِ الْقُرْءَانِ فَإِنَّهُ نُورٌلَكَ فِى الأَرْضِ وَذُخْرٌلَكَ فِى السَّمَاءِ

“Daripada Abu Dzar bahawa beliau telah meminta Rasulullah SAW memberikannya satu pesanan (yang berpanjangan) Rasulullah bersabda: semaikanlah rasa takut (bertakwa) kepada Allah, sesungguhnya takut kepada Allah itu kepala (sumber) bagi segala amalan kebaikan. Abu Dzar meminta supaya Rasulullah SAW menambah lagi. Sabda Rasulullah SAW: Hendaklah kamu membaca al-Quran kerana ia adalah cahaya bagimu di bumi (dunia) dan bekalan untuk mu di langit (akhirat). (HR Ibn Hibban No: 361). Status: Hasan Lighairihi.

Pengajaran:

1.  Abu Dzar atau nama sebenarnya ialah Jundub bin Junadah adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang sangat zuhud. Beliau antara sahabat yang sering meminta kepada Rasulullah agar diberikan nasihat. Antara pesanan Rasulullah SAW:

a.  Semai sifat taqwa (rasa takut kepada Allah) dalam diri kerana takut kepada Allah itu sumber bagi segala amalan kebaikan.

b.  Bacalah al-Quran kerana al-Quran adalah cahaya untuk kita di dunia dan ia akan menjadi bekalan di akhirat.

2.  Sifat taqwa perlu disuburkan dalam diri setiap orang beriman dengan melaksanakan seluruh kewajipan agama dan bersungguh-sungguh meninggalkan segala larangan syarak.

3.  Sayidina Ali RA berkata: “Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.”

4.  Al-Quran perlu dibaca, difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan harian agar ia menjadi cahaya yang memandu kehidupan kita di dunia dan menjadi pemberi syafaat di akhirat kelak.

5.  Membaca al-Quran akan mendapat ganjaran berganda. Abdullah bin Masud RA meriwayatkan sabda Nabi SAW:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ  وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا  لاَ أَقُولُ الْم حَرْفٌ  وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakana yang  ألم  itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”  (HR Tirmizi No: 2910) Status: Hadis Hasan

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

29hb Mac 2024
18hb Ramadan 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram


Найдено 4301 пост