Каталог каналов Каналы в закладках Новинка Мои каналы Поиск постов Рекламные посты
Инструменты
Каталог TGAds Мониторинг Детальная статистика Анализ аудитории Бот аналитики
Полезная информация
Инструкция Telemetr Документация к API Чат Telemetr
Полезные сервисы

Не попадитесь на накрученные каналы! Узнайте, не накручивает ли канал просмотры или подписчиков Проверить канал на накрутку
Прикрепить Телеграм-аккаунт Прикрепить Телеграм-аккаунт

Телеграм канал «MEKANIK IMAN.»

MEKANIK IMAN.
6.2K
16
1
1
285
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 /joinchat/FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Подписчики
Всего
279
Сегодня
0
Просмотров на пост
Всего
7
ER
Общий
2.15%
Суточный
1.8%
Динамика публикаций
Telemetr - сервис глубокой аналитики
телеграм-каналов
Получите подробную информацию о каждом канале
Отберите самые эффективные каналы для
рекламных размещений, по приросту подписчиков,
ER, количеству просмотров на пост и другим метрикам
Анализируйте рекламные посты
и креативы
Узнайте какие посты лучше сработали,
а какие хуже, даже если их давно удалили
Оценивайте эффективность тематики и контента
Узнайте, какую тематику лучше не рекламировать
на канале, а какая зайдет на ура
Попробовать бесплатно
Показано 7 из 6 248 постов
Смотреть все посты
Пост от 09.04.2026 07:23
2
0
0
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Allah Membuka Aib Kepada Pembuka Aib

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلْ الْإِيمَانُ قَلْبَهُ لَا تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِينَ وَلَا تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ فَإِنَّهُ مَنْ اتَّبَعَ عَوْرَاتِهِمْ يَتَّبِعُ اللَّهُ عَوْرَتَهُ وَمَنْ يَتَّبِعْ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ

Daripada Abu Barzah Al Aslami ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya namun keimanannya belum masuk ke dalam hatinya! janganlah kamu mengumpat seorang muslim dan jangan pula mencari-cari kesalahannya (aibnya). Sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban orang lain, maka Allah akan membuka keaibannya. Maka siapa saja yang Allah dedahkan keaibannya, maka Allah akan memalukannya walaupun yang ada di dalam rumahnya sendiri." (Sunan Abu Daud No: 4236) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Hadis ini merupakan teguran kepada iman orang yang belum sempurna. Ungkapan “beriman dengan lidah tetapi belum masuk ke hati” merujuk kepada orang yang zahirnya Muslim tetapi belum menghayati iman secara mendalam dalam akhlaknya.

2.  Orang yang beriman wajib memelihara lisannya dari mengumpat dan mencari kelemahan orang lain, sama ada sesuatu yang dituturkan mahupun yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan.

3.  Islam mengajar umatnya untuk tidak mengumpat atau menyebut keburukan orang lain tanpa kebenarakn syarak, walaupun ia suatu yang benar kerana ia merupakan dosa besar.

4.  Islam melarang usaha menyiasat atau membongkar kelemahan orang lain, sama ada secara terang atau tersembunyi apatah lagi jika ia disebarkan melalui media sosial yang membuka ruang cacian dan makian daripada orang lain.

5.  Sesiapa yang menutup aib saudaranya sesama muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Rasulullah bersabda:

مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

Maksudnya: "Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aib orang tersebut di dunia dan akhirat." (Sunan Ibnu Majah)

6.  Barangsiapa yang mencari-cari dan membuka kelemahan juga kesalahan saudara muslim yang lain, maka Allah akan membuka kesalahan dan aibnya walaupun yang ada di dalam rumahnya.

7.  Orang yang gemar membicarakan aib orang lain, sebenarnya tanpa ia sedari ia sedang memperlihatkan jati dirinya yang asli. Semakin banyak aib yang ia sebarkan, maka semakin jelas keburukan diri si penyebar itu. Allah mengingatkan dengan nada keras kepada golongan ini:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلۡفَٰحِشَةُ فِي ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ١٩

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (An-Nur: 19)

8.  Islam menuntut agar aib serta kelemahan orang lain ditutup, bukan didedahkan kepada khalayak. Jika ingin menegur, gunakanlah saluran yang dibenarkan syarak dengan penuh hikmah.

Kepada pencela dan pembuka aib, ingatlah azab Allah di dunia dan akhirat. Mengumpat dan membongkar aib orang lain bukanlah sifat seorang Muslim sejati. Sebaliknya, seorang mukmin yang benar-benar beriman akan menjaga lidah, menutup aib orang, dan menjaga kehormatan sesama Muslim.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

20hb Syawal 1447H
09hb April 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Пост от 07.04.2026 01:03
1
0
0
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berakhlak Dalam Pertuturan

عَنْ عَائِشَةَ  رضي الله عنها قَالَتْ : اسْتَأْذَنَ رَهْطٌ مِنَ الْيَهُودِ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا : السَّامُ عَلَيْكُمْ  فَقَالَتْ عَائِشَةُ : بَلْ عَلَيْكُمُ السَّامُ وَاللَّعْنَةُ  فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الْأَمْرِ كُلِّهِ قَالَتْ : أَلَمْ تَسْمَعْ مَا قَالُوا  قَالَ : قَدْ قُلْتُ وَعَلَيْكُمْ

Daripada Aisyah RA beliau berkata, sekumpulan orang Yahudi meminta izin untuk bertemu Rasulullah SAW lalu mereka mengucapkan: Assam ‘alaikum (kematian ke atas kamu). Aku (Aisyah) berkata: Ke atas kamu kematian dan laknat!. Lalu Rasulullah SAW menegur: Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu mencintai kelembutan dalam setiap urusan.” ‘Aku (Aisyah) bertanya: Kamu tak dengarkah apa yang mereka sebut? Baginda berkata: Ya, aku sudah jawab Wa a’laikum (ke atas kamu juga). (HR Bukhari no: 6927) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Hadis ini menggambarkan kehalusan akhlak Rasulullah SAW dalam menghadapi provokasi dan keburukan orang lain dengan sifat lemah lembut (rifq).

2.  Islam agama rahmah yang mengajar umatnya berakhlak mulia dalam perbuatan, pertuturan mahupun penulisan.

3.  Islam mengajar umatnya sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia dengan bersikap lunak dan santun kerana Allah itu menyukai kelembutan dalam semua perkara termasuk semasa kita dihina atau marah. Kelembutan dalam pertuturan membantu meredakan ketegangan dan menjaga hubungan.

4.  Walaupun orang lain mungkin bersikap kasar atau menghina kita, Islam mengajarkan kita untuk tidak membalas keburukan dengan keburukan. Sebaliknya, kita hendaklah menunjukkan akhlak yang baik dan bersabar. Hal ini adalah cara yang lebih mulia dan akan menerima ganjaran di sisi Allah.

5.  Seorang Muslim perlu bijak mengawal tindak balas, tidak terburu-buru membalas dengan kemarahan. Tidak semua keburukan perlu dibalas secara keras; kadangkala jawapan ringkas dan berhemah lebih baik.

6.  Islam mengajar kita memelihara tutur kata yang baik-baik dan jangan sampai dipengaruhi oleh syaitan dalam mengeluarkan kata-kata sama ada dalam percakapan mahupun penulisan. Firman Allah:

وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُواْ ٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ يَنزَغُ بَيۡنَهُمۡۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ كَانَ لِلۡإِنسَٰنِ عَدُوّٗا مُّبِينٗا

Maksudnya: “Dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.” (al-Isra: 53).

Kata Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini: “Allah memerintah Rasulullah SAW memberitahu kepada hamba-hamba Allah agar berkata dalam ucapan dan perbincangan mereka ungkapan yang terbaik dan kalimat yang baik. Jika itu tidak dilakukan, syaitan akan menghasut mereka. Maka ucapan itu akan membawa tindak balas, berlaku keburukan, permusuhan dan peperangan.” (Ibn Kathir, 5/87. Mekah: Dar al-Taybah).

7.  Seseorang boleh, bahkan disuruh menegur ataupun mengkritik sesuatu perkara yang salah. Namun, Islam mengajar agar kita berdisiplin dalam ucapan dan tulisan kita. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa yang buruk dan kotor. Malangnya rata-rata di media sosial hari ini komen berbentuk celaan, makian, umpatan serta fitnah telah menjadi makanan harian.

Orang yang suka memaki orang lain merupakan golongan yang fasik (golongan pendosa). Mereka bukanlah penegak agama sebaliknya untuk memenuhi kehendak nafsu sendiri dan dipengaruhi syaitan.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

18hb Syawal 1447H
07hb April 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Пост от 02.04.2026 07:33
1
0
0
Setia Dengan Kebenaran

Dalam kehidupan ini, tidak semua orang mampu setia dengan kebenaran. Ramai yang tahu kebenaran, tetapi tidak semua sanggup mempertahankannya. Ada yang meninggalkannya kerana takut, kerana kepentingan dunia, atau kerana tekanan manusia.

Namun Allah SWT memerintahkan orang beriman supaya teguh bersama kebenaran. Firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap diri kamu sendiri.”
(Surah An-Nisa’: 135)

Ayat ini mengajar kita bahawa kebenaran mesti ditegakkan walaupun ia pahit, walaupun ia menuntut pengorbanan.

Sejarah Islam dipenuhi dengan contoh orang yang setia dengan kebenaran. Para sahabat Nabi ﷺ sanggup meninggalkan harta, tanah air dan keluarga demi mempertahankan iman. Mereka tidak memilih jalan mudah, tetapi memilih jalan yang benar.

Rasulullah ﷺ juga bersabda:

“Jihad yang paling utama ialah berkata benar di hadapan penguasa yang zalim.”
(Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi)

Ini menunjukkan bahawa kesetiaan kepada kebenaran bukan sekadar ucapan, tetapi keberanian moral.

Dalam dunia hari ini, kita diuji dengan pelbagai bentuk fitnah:
• Fitnah harta
• Fitnah kedudukan
• Fitnah populariti
• Fitnah tekanan masyarakat

Kadang-kadang seseorang tergoda untuk mengorbankan prinsip demi keuntungan dunia. Tetapi seorang mukmin yang sejati tahu bahawa kebenaran lebih berharga daripada dunia seluruhnya.

Imam al-Ghazali pernah mengingatkan bahawa orang yang ikhlas akan tetap bersama kebenaran walaupun dia bersendirian.

Akhirnya, marilah kita berdoa agar Allah menetapkan hati kita di atas kebenaran:

اللهم أرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه

“Ya Allah, tunjukkan kepada kami kebenaran sebagai kebenaran dan kurniakan kami kekuatan untuk mengikutinya, dan tunjukkan kepada kami kebatilan sebagai kebatilan serta kurniakan kami kekuatan untuk menjauhinya.”

https://t.me/kapsul_tazkirah
Пост от 02.04.2026 05:01
1
0
0
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa  

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Daripada Abi Darda RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang Muslim pun yang mendoakan kebaikan untuk saudaranya (sesama muslim) dibelkakangnya (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (HR Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita walaupun mereka tidak tahu.

2.  Mereka yang mendoakan sahabatnya dibelakangnya (tanpa pengetahuannya) lebih dekat kepada keikhlasan kerana tidak mengharap balasannya, malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.

3.  Berdoa untuk orang lain dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan atau pujian adalah amalan yang disukai oleh Allah. Ia menunjukkan niat yang tulus dan murni untuk kesejahteraan dan kebaikan orang lain.

4.  Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan tertolak. Sepertimana hadis Rasulullah SAW:

دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ
"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500)

5.  Berdoa sesama Muslim dapat mengeratkan hubungan persaudaraan dan menunjukkan rasa kasih sayang serta kepedulian terhadap sesama umat. Ia memperkuatkan ikatan ukhuwah di kalangan umat Islam dan membawa kepada masyarakat yang lebih harmoni.

6.  Dengan berdoa untuk orang lain, kita dapat menghindari sikap ego dan mementingkan diri sendiri. Kita diajar untuk tidak hanya memikirkan kebaikan untuk diri kita, tetapi juga untuk orang lain di sekeliling kita.

7.  Hadis ini mengajar bahawa doa yang ikhlas untuk orang lain adalah amalan yang sangat mulia dan tinggi nilainya di sisi Allah SWT. Ia bukan sahaja mencerminkan kasih sayang sesama Muslim, tetapi juga menjadi sebab turunnya rahmat dan kebaikan kepada diri sendiri melalui doa malaikat.

Marilah kita mendoakan sahabat kita dengan kebaikan. Moga malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

13hb Syawal 1447H
02hb April 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Пост от 31.03.2026 05:52
1
0
0
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah Cermin Mukmin Lain

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُؤْمِنُ مِرْآةُ الْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنُ أَخُو الْمُؤْمِنِ يَكُفُّ عَلَيْهِ ضَيْعَتَهُ وَيَحُوطُهُ مِنْ وَرَائِهِ

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: "Seorang mukmin itu adalah cermin bagi mukmin yang lain, dan seorang mukmin itu adalah saudara bagi mukmin yang lain. Dia akan menjaga kepentingannya (ikut menanggung kesusahannya) serta melindunginya (membelanya) dari belakang." (HR Abu Daud No: 4272) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Seorang Mukmin apabila melihat akhlak mulia pada diri saudara mukminnya, maka dia akan mencontohinya. Jika dia melihat berbagai sifat tercela dalam diri saudaranya, dia mengetahui bahawa dirinya memiliki keburukan yang sama, maka dia segera berusaha membersihkan dan menyingkirkan sifat-sifat tercela itu dari dirinya.

2.  Seorang Mukmin apabila melihat sifat tercela pada diri saudara mukminnya, dia akan segera menasihatkan saudaranya itu untuk menghilangkannya. Dia menjadi cermin bagi saudara Mukminnya. Dengan nasihat yang diberi diharap dia sendiri dapat melihat aibnya, seperti cermin yang menampakkan keburukan wajah seseorang.

3.  Seorang Mukmin akan memandang Mukmin yang lain sesuai dengan keadaan hatinya. Jika hatinya baik, suci, jujur dan bersih dari sifat tercela, maka dalam pandangannya semua Mukmin yang lain juga baik. Dia berprasangka baik kepada seluruh Mukmin dan sama sekali tidak akan berfikiran buruk terhadap orang lain.

4.  Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Dia akan saling menjaga kepentingan saudaranya dengan bertolong bantu menjaga urusan dan kepentingan saudaranya sama ada dalam hal dunia atau agama, termasuk ketika dia tiada atau berada di dalam kesusahan dan membelanya jika mereka dianiaya atau dizalimi.

5.  Seorang mukmin sepatutnya memandang saudaranya seperti saudara kandungnya sendiri, dengan rasa kasih sayang, saling menghormati, dan menjaga kepentingan serta keselamatan mereka. Hubungan ini melampaui batasan fizikal dan kewangan, menjadikan setiap mukmin itu seperti satu keluarga yang saling menyokong.

6.  Seorang mukmin harus menjaga kehormatan dan keselamatan saudaranya dalam segala hal (melindungi dari belakang). Ia berusaha untuk mencegah kerugian atau kemudaratan yang mungkin menimpa saudaranya, baik dalam urusan duniawi mahupun ukhrawi. Hal ini termasuklah mempertahankan maruahnya, menutup aib saudaranya, memberi perlindungan kepada mereka, dan tidak membiarkan orang lain mengumpat atau menzaliminya serta menjaga nama baiknya.

7.  Hadis ini mengajar bahawa seorang mukmin bukan sekadar hidup untuk dirinya sendiri, tetapi menjadi “cermin” dan pelindung kepada saudaranya. Dengan nasihat yang ikhlas dan sikap menjaga maruah, akan lahirlah masyarakat Islam yang bersatu, saling memperbaiki dan penuh kasih sayang.

Marilah kita jadi cermin kepada saudara Mukmin kita yang lain.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

11hb Syawal 1447H
31hb Mac 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Пост от 29.03.2026 07:08
1
0
0
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah

أَبُو ظَبْيَةَ قَالَ إِنَّ شُرَحْبِيلَ بْنَ السِّمْطِ دَعَا عَمْرَو بْنَ عَبَسَةَ السُّلَمِيَّ فَقَالَ يَا ابْنَ عَبَسَةَ هَلْ أَنْتَ مُحَدِّثِي حَدِيثًا سَمِعْتَهُ أَنْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ فِيهِ تَزَيُّدٌ وَلَا كَذِبٌ وَلَا تُحَدِّثْنِيهِ عَنْ آخَرَ سَمِعَهُ مِنْهُ غَيْرِكَ قَالَ نَعَمْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ قَدْ حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَحَابُّونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَصَافُّونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَزَاوَرُونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَبَاذَلُونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَنَاصَرُونَ مِنْ أَجْلِي

Abu Zabiyah meriwayatkan bahawa Shurahbīl bin al-Simṭ telah memanggil ‘Amr bin ‘Abasah al-Sulamī lalu berkata: “Wahai Ibn ‘Abasah, adakah engkau mempunyai satu hadis yang engkau dengar sendiri daripada Rasulullah SAW, yang tiada penambahan, tiada pembohongan, dan bukan daripada orang lain selain dirimu?”
Beliau menjawab: “Ya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: 'Sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling berkasih sayang kerana-Ku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling merapatkan barisan  (berhimpun dalam majlis kebaikan seperti majlis ilmu) kerana-Ku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mengunjungi kerana-Ku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling memberi, berkorban (untuk membantu yang lain) kerana-Ku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling menolong kerana-Ku.'"(HR Ahmad No: 18621) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Setiap Muslim berhak mendapat kecintaan Allah dengan Rahmat, keampunan dan kemuliaan-Nya di dunia dan akhirat apabila kita:

1.  Saling berkasih sayang sesama Muslim kerana Allah

2.  Saling merapatkan hubungan (ukhuwah), berkumpul kerana Allah dengan mengutamakan mereka, tidak menyakiti dan sentiasa menjaga hubungan harmoni.

3.  Saling menziarahi kerana Allah

4.  Saling memberi dan berkorban (untuk membantu yang lain dengan berkongsi harta, manfaar) kerana Allah

5.  Saling bantu membantu dan tolong menolong dalam kebaikan dan kebenaran kerana Allah

Hadis ini menegaskan bahawa kasih Allah SWT bukan sekadar diperoleh melalui ibadah individu, tetapi juga melalui hubungan sosial yang dibina atas dasar keimanan. Ukhuwah yang ikhlas kerana Allah menjadi jalan utama untuk meraih cinta dan rahmat-Nya, seterusnya membentuk masyarakat Islam yang harmoni dan diberkati.

Jadikanlah diri kita orang yang disayangi Allah kerana penyayangnya kita kepada orang lain semata-mata kerana Allah. Ambillah kesempatan di bulan Syawal ini untuk saling merapatkan hubungan ukhuwah sesama Muslim antaranya melalui ziarah menziarahi.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

09hb Syawal 1447H
29hb Mac 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Пост от 28.03.2026 01:47
1
0
0
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah  Penyayang Untuk Dirahmati Allah
 
سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  إِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ

Daripada Saad bin Ubadah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah hanya merahmati daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang bersifat penyayang" (Sahih Bukhari No: 1284). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap Muslim. Kasih sayang sesama manusia adalah asas kepada meraih rahmat Allah.

2.  Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki sifat kasih sayang kepada sesama manusia dan makhluk lain. Jika kita ingin mendapat rahmat-Nya, kita perlu menjadi orang yang penyayang dan penuh empati terhadap orang lain.

3.  Milikilah sifat kasih sayang terhadap orang lain. Antaranya  ialah sifat saling hormat menghormati, saling bermaafan serta sifat  membantu mereka yang sedang menghadapi musibah,  sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun pandangan dan nasihat.

4.  Sifat kasar, zalim dan tidak berperikemanusiaan adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

5.  Dengan mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan seharian, ia bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah tetapi juga dapat memperbaiki hubungan sosial kita dengan orang lain. Sikap kasih sayang dapat membina masyarakat yang harmoni dan penuh dengan bantuan serta sokongan sesama ahli.

6.  Di musim lebaran ini, suburkanlah sifat mengasihi orang lain dengan mendoakan kebaikan, membantu mereka yang sedang kesempitan, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang ditimpa musibah.

7.  Jika kita benci atau tidak suka kepada kejahatan seseorang, lakukan dengan cara yang dibenarkan syarak bukan dengan cara memaki hamun dilaman sosial.

Jika kita ingin dirahmati Allah, maka milikilah sifat pengasih dan penyayang terhadap orang lain. Islam agama yang mulia dan berakhlak.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

08hb Syawal 1447H
28hb Mac 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Смотреть все посты