Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
[PEMAKLUMAN WAKTU PENGOPERASIAN KAUNTER JUALAN PELEKAT KENDERAAN UiTM SHAH ALAM BAGI SESI MAC - OGOS 2026]
Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa waktu pengoperasian bagi Kaunter Jualan Pelekat Kenderaan UiTM di Ibu Pejabat Polis Bantuan telah disusun semula bagi memenuhi keperluan warga kampus sepanjang semester ini.
Ketentuan waktu pengoperasian yang berkuat kuasa mulai 20 April 2026 adalah seperti berikut:
1️⃣ Isnin - Khamis:
8.00 pagi – 5.00 petang
2️⃣ Jumaat:
8.00 pagi – 5.00 petang
(Rehat: 12.15 tengah hari – 2.45 petang)
3️⃣ Sabtu - Ahad:
9.00 pagi – 4.00 petang
‼️ Cuti Umum: DITUTUP ‼️
Penstrukturan semula ini akan dilaksanakan sepanjang tempoh sesi akademik Mac – Ogos 2026 (20262) dan dijadualkan berakhir pada 09 Ogos 2026.
📌 Pelajar disarankan untuk:
- Merancang masa kunjungan ke kaunter bagi mengelakkan kesesakan.
- Memastikan segala dokumen yang diperlukan lengkap sebelum hadir ke kaunter.
- Mengambil maklum waktu rehat terutamanya pada hari Jumaat bagi melancarkan urusan.
Sebarang maklum balas atau pertanyaan lanjut, sila hubungi:
📞 MPP AIMAN: https://wa.me/60197204691
📞 MPP NAZMIE: https://wa.me/601174747198
📞 SMPP ATIYYAH:https://wa.me/601139202940
Sekian, terima kasih.
”Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung”
Yang menjalankan amanah,
EXCO FASILITI DAN PENGANGKUTAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
SESI 2025/2026
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Masjid UiTM Shah Alam dengan kerjasama Majlis Pengetua, Kolej-Kolej Kediaman UiTM Shah Alam serta Sukarelawan Sahabat Masjid akan menganjurkan Program Halaqah Ilmu Perdana seperti ketetapan berikut:
🗓️ Tarikh: Rabu, 29 April 2026
📍 Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Zainal Abidin, UiTM Shah Alam
⏰ Masa: 7.00 malam
Atur Cara Program:
7:00 malam – Pendaftaran
7:30 malam – Solat Maghrib berjemaah
8:00 malam – Halaqah Ilmu Perdana (Kuliah Maghrib)
9:00 malam – Solat Isyak berjemaah
9:30 malam – Bersurai
Merit akan diberikan kepada pelajar yang hadir.
🍽️ Makanan percuma disediakan kepada 1000 peserta terawal (kupon makanan akan diagihkan).
Semua warga UiTM dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ilmu ini.
Sekian, terima kasih.
📌Open kpd semua siswa dan siswi
📌Tidak pasti ada merit atau tidak
✅ Dpt mknn (1000 terawal)
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.
📜🌹📜🌹📜🌹📜🌹📜
KEMPEN DERMA DARAH
Merujuk kepada perkara di atas, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang UiTM Selangor (Kampus Shah Alam) dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) akan mengadakan Kempen Derma Darah seperti ketetapan berikut:
🗓️ TARIKH: 23 APRIL 2026
🕰️ MASA: 10:00 pagi hingga 12:30 tengah hari dan 2:00 petang hingga 3:30 petang
(Masa rehat : 1:00 petang hingga 2:00 petang)
📍LOKASI: Dewan Mawar Qaseh 2 , Kolej Mawar UiTM Shah Alam
🎖️E-Merit akan disediakan
✏️Pendaftaran adalah secara walk-in
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞Cik Aisha: https://wa.me/60135025380
📞Cik Aliesa: https://wa.me/601137374202
Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Perwakilan Non Resident UiTM Shah Alam(JPNR) dengan kerjasama Unit Pengurusan Non Resident UiTM Shah Alam (UPNR) akan menganjurkan program NR KICKFEST 2026, sebuah kejohanan sepak penalti futsal yang penuh aksi dan cabaran!
🗓️ Tarikh: 2 Mei 2026 (Sabtu)
📍 Tempat: Gelanggang Futsal Pusat Sukan, UiTM Shah Alam
⏰ Waktu: 8.00 am-4.00pm
👥 Format Penyertaan:
1 kumpulan = 5 orang
(termasuk penjaga gol)
💵Yuran penyertaan:
RM80.00 / kumpulan
🎯Terbuka kepada:
Pelajar dan staff IPTA/IPTS
🏆 Hadiah kemenangan:
🥇 RM500
🥈 RM400
🥉 RM300
📌 Tempat adalah terhad. Setiap pasukan perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Non Resident (UPNR) dan Jawatankuasa Perwakilan Non Resident (JPNR) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menganjurkan program Kursus Pra Perkahwinan Islam Vol 1/2026.
🗓️ Tarikh: 2 hingga 3 Mei 2026 (Sabtu & Ahad)
📍 Tempat: Dewan Muktamar 1, Masjid al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam
⏰ Waktu: 8.00am – 5.00pm
💵 Yuran pendaftaran:
RM80.00 (PELAJAR)
RM100.00 (STAF)
📌Setiap peserta diwajibkan untuk menghadiri semua slot ceramah kursus bagi memenuhi syarat kelayakan untuk mendapatkan sijil daripada JAIS.
🔗 Pautan pendaftaran:
https://forms.gle/LKVm9x6pHjTYMu2h9
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📱JPNR Fatin: https://wa.me/601129518054
📱JPNR Afiq: https://wa.me/601157895483
Sekian, terima kasih.