Maka kesimpulan saya, orang kita miskin kerana mereka mmg nak miskin. Mereka suka angan2. Jual angan2 you akan jadi kaya kat Malaysia.
Alang2 saya dah dilabel scammer, mungkin saya patut jadi betul2 scammer. Saya dah penat sharing takde hasil.
Tentang page ni, saya nak rehatkan dia. Sebab kalau saya sharing baik2 pun lepas tu kena gantung akhirnya, buat apa saya buang masa.
Kita tgklah, kalau masih ada page ni selepas hujung bulan ni, saya akan sambung sharing. Kalau x, that's it. Buat masa ni, hanya kecintaan saya terhadap ilmu saham sahaja yang menggerakkan sharing.
Naji.
P/S : sama je dengan Telegram Channel ni. Semakin banyak saya share ilmu, semakin ramai yang left. Kita tgk dengan sharing yang ni berapa ramai left.
Baru2 ni page saya telah dikenakan sekatan. Puncanya ialah kerana fb algorithm picked up yang salah satu sharing saya dikatakan fraudulent dan misleading.
Saya cuba mintak review seperti kebiasaanlah bila salah satu post kita kena flag. Tapi, oleh kerana flag kali ni bersifat fraudulent, dia bukan setakat remove sharing saya, bahkan dia hide sharing tu daripada saya sendiri.
Saya terpinga2 kerana kalau saya tak boleh baca sharing saya yang kena flag kerana hidden, mcamana saya nak tau yang mana sharing saya yang bermasalah? Macamana saya tau apa salah saya? Macamana saya nak defend diri saya? Nak mintak review pun tak boleh.
Malah, kalau saya tak jawab flag ni, saya berkemungkinan akan kehilangan page saya. Hujung bulan ni tarikh akhir.
Buat masa ni, apa yang saya boleh buat ialah saya buat problem report dan dalam report tu saya mintak manual review. Tak mau algo yang review. Sampai skrg belum dapat reply.
Terus terang saya agak merajuk jugak la.
Selama 10 tahun saya sharing dalam page saya, tak pernah sekali pun saya membuat posting fraud yang meminta dan menyeleweng duit orang.
Daripada ramai orang tak tahu bersaham kepada ramai yang dah hebat bersaham.
Tiba2 kena hukum, rentan juga saya.
Padahal berlambak page scammer kat luar sana yang terang2 menipu dan mengelabui mata orang ramai tentang pelaburan, dibiarkan terus menipu.
Saya juga terasa jauh hati kerana banyak juga masa saya spent untuk buat sharing yang bermanfaat, tapi masih ada orang kata saya scammer.
Orang tak nak dengar pasal ilmu. Orang nak dengar camana cara paling cepat buat duit. Itu yang orang nak dengar. Padahal saham ni berulang kali saya katakan adalah proses sedikit demi sedikit pembinaan kekayaan.
Saya dah berpengalaman 15 tahun dalam saham. Saya tahu apa yang berkesan dan apa yang tak berkesan. Saya tahu duit cepat ni, cepat dapat, cepat habis. Maka, miskinlah berterusan pakcik dan makcik kita yang berharap pulangan daripada duit cepat untuk hari tua mereka. Malah, makin miskin selepas join duit cepat, sebab duit cepat jadi duit hangus.
Tapi, nak cakap apa, mereka ni jugaklah yang memenuhkan webinar duit cepat ni.
Bila saya buat webinar saham yang benar2 saya cuba isikan value di dalamnya, kehadiran tak sampai 50 orang.
Tapi, saya baru masuk webinar satu sifu ni yang benar2 cuma menabur janji. Isi kosong takde pape. Yang dia selalu ulang cerita selama 2 jam ialah kejayaan dia pergi melancong, nak tak dapat kejayaan mcm dia. Webinar dia dapat kehadiran sampai 400 orang!
Saya risau dengan orang kita yang ketinggalan. Saya dedah rahsia orang kaya, tapi takde siapa berminat. Sebab nak jadi orang kaya, proses dia slow. Aku nak bagi RM100 hari ni, esok jadi RM10,000.
Malah, kerisauan saya ni dituduh saya sebenarnya nak menjual... Baik, boleh je lepas ni saya hanya akan menjual. Everything is chargeable, no more free lunch. Orang Cina ramai buat mcm tu. Nak ilmu, bayar!
Maka, saya buat kesimpulan, orang2 kita ni ada 4 bullshit.
(1) Orang kita ni marah dengan scammer, tapi acara scammer lah paling ramai yang dorg sertai. Yang kelakarnya, yang bukan scammer pulak dorg tuduh scammer. Hanya sebab yang bukan scammer tu tak pakai ferari, tak pegi melancong, sebaliknya kuat bekerja nak bagi kesedaran.
(2) Orang kita ni minta ditolong, minta free itu ini, tapi bila dah dapat free, dorg paling tak hargai. Tapi, bila kena charge fee, dorg paling marah. Dorg je nak senang, orang lain tak boleh senang.
(3) Orang kita ni nak jadi kaya, tapi bila ada proses, tak nak ikut. Sebaliknya, seumur hidup habiskan masa dan duit cari short cut.
(4) Kalau tolong orang, nnt orang tolong kita, Tuhan tolong kita. Itulah ayat2 yang biasa saya dengar daripada orang kita setiap kali saya bagi ilmu free. Bullshit, bila saya perlu support, orang2 yang sama ni hilang.
ETF saham global tidak sama dengan ETF bond. ETF S&P 500 tidak sama dengan ETF gold. ETF thematic seperti AI atau clean energy lebih volatile berbanding broad market ETF.
Sebagai rujukan, SPY yang track S&P 500 mencatat annualized return sekitar 10.45% sejak inception pada 22 Januari 1993. Untuk tempoh 10 tahun, annualized return SPY ialah sekitar 14.01%, manakala 5 tahun sekitar 11.93%.
Untuk ETF global, iShares MSCI ACWI ETF mencatat annualized NAV return 7.86% sejak inception, 11.54% untuk tempoh 10 tahun, dan 9.68% untuk tempoh 5 tahun.
Tetapi, untuk ETF ni, ada tahun naik banyak. Ada tahun jatuh banyak.
Contohnya, ACWI naik 18.38% pada 2021, jatuh 18.27% pada 2022, naik 22.22% pada 2023, naik 17.41% pada 2024 dan naik 22.43% pada 2025 berdasarkan NAV calendar year performance.
Jadi, angka kasar yang lebih realistik untuk broad equity ETF biasanya sekitar 7% ~ 10% setahun dalam jangka panjang.
Apakah prestasi ETF berdasarkan data lepas?
Data lepas menunjukkan ETF broad market boleh menjadi alat compounding yang kuat, tetapi dengan syarat pelabur tahan volatility.
ETF bukan fixed deposit. ETF boleh jatuh. Dalam tahun buruk, penurunan 10%, 20% atau lebih boleh berlaku. Tetapi bagi pelabur jangka panjang, kelebihan ETF datang daripada diversification, kos rendah dan exposure kepada syarikat besar yang terus berkembang.
Contohnya, ETF global ACWI mempunyai holdings besar seperti NVIDIA, Apple, Microsoft, Amazon, Alphabet, Broadcom, TSMC, Meta dan Tesla dalam top holdings setakat Mac 2026. Ini bermaksud pelabur mendapat exposure kepada syarikat global utama melalui satu ETF sahaja.
Namun, kita mesti jujur. Past performance tidak menjamin future return dan nilai pelaburan boleh naik atau turun.
ETF sesuai untuk siapa?
ETF sesuai untuk pelabur yang mahu membina kekayaan secara jangka panjang, tetapi tidak mahu terlalu aktif memilih saham satu persatu.
Ia sesuai untuk orang yang sibuk bekerja, pemilik bisnes, profesional, pelabur baru, pelabur yang mahu global exposure, dan mereka yang mahu struktur pelaburan lebih simple.
ETF juga sesuai untuk pelabur yang sedar bahawa mereka tidak perlu risau tentang perlu sentiasa betul dalam semua saham. Mereka hanya perlu berada dalam market yang betul, cukup lama, dengan kos yang rendah dan disiplin yang konsisten.
Tetapi ETF kurang sesuai untuk orang yang mahu cepat kaya, mahu return besar dalam masa pendek, tidak boleh tahan portfolio merah, atau suka masuk keluar market tanpa strategi.
Bagaimana nak menjalankan pelaburan ETF?
Cara paling mudah ialah mula dengan objektif.
Pertama, tentukan tujuan pelaburan. Contohnya retirement, pendidikan anak, wealth building, simpanan USD, atau global diversification.
Kedua, tentukan tempoh masa. ETF lebih sesuai untuk horizon 5 tahun, 10 tahun atau lebih lama. Kalau duit itu perlu digunakan dalam masa 6 bulan, ETF saham mungkin tidak sesuai.
Ketiga, pilih jenis ETF. Untuk asas, ramai pelabur mula dengan broad market ETF seperti S&P 500 ETF atau global equity ETF. Pelabur yang mahu lebih stabil boleh gabungkan dengan bond ETF atau gold ETF.
Keempat, tentukan allocation. Contohnya, pelabur agresif mungkin lebih banyak equity ETF. Pelabur konservatif mungkin gabungkan equity ETF, bond ETF dan cash.
Kelima, labur secara berkala. Ini boleh dibuat melalui dollar-cost averaging. Contohnya tambah modal setiap bulan atau setiap quarter. Strategi ini mengurangkan tekanan untuk timing market bottom.
Keenam, review portfolio. Tidak perlu tengok setiap hari. Cukup review setiap 6 bulan atau setahun, semak sama ada allocation masih sesuai dengan objektif asal.
Apakah contoh2 ETF saham yang boleh diambil di Malaysia dan di US?
Untuk pelabur tempatan, antara ETF yang boleh dipertimbangkan ETF di Malaysia (Bursa Malaysia).
* MyETF Dow Jones U.S. Titans 50 (0827EA) - Exposure kepada 50 syarikat besar US seperti Apple, Microsoft, dan lain2.